• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Nelayan Dungun Teramai Terima Lesen Sampan Khas


Oleh : Nooreni Abu Bakar & Naim Fadhilah

DUNGUN, 24 September - 109 orang nelayan di Dungun menerima lesen sampan khas yang merupakan daerah teramai menerimanya di  Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim berkata sebanyak 40 unit unjam turut dilabuhkan di Kampung Sura, Dungun. 

"Untuk memberi manfaat kepada 20 nelayan, kami juga menyampaikan bantuan one-off Covid-19 kepada empat penerima termasuk nelayan, penternak dan usahawan," katanya dalam suatu kenyataan, semalam.

Terdahulu beliau turut melepaskan 42,750 benih ikan di Sungai Dungun.


Tag: