• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Nelayan, Penoreh Getah Terjejas Terima 'One-Off'

SETIU, 14 Januari -  Nelayan dan penoreh getah di Parlimen Setiu yang terkesan dengan musibah banjir dan COVID-19 menerima bantuan khas baru-baru ini.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, bantuan secara 'one-off' diberikan kepada golongan terbabit agar kehidupan seharian mereka tidak dibebani dengan masalah lain.

"Penerima bantuan ini tergolong dalam kalangan B40 yang terjejas mata pencarian dalam tempoh yang sukar dan mencabar ini.

"Kita telah memperuntukkan sejumlah wang bagi diagihkan bukan sahaja kepada golongan penoreh dan nelayan, malah kepada anak yatim dan pelajar-pelajar yang dapat menyambung pelajaran mereka ke menara gading," ujar beliau kepada wartawan UPDI di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Setiu, Sungai Tarom.

Tambahnya lagi, bantuan tersebu telah selesai diagihkan kepada DUN Batu Rakit dan Langkap.

"Manakala DUN Permaisuri dan Jabi pula akan menyusul selepas ini.

"Memandangkan ini telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Terengganu, kita terpaksa menangguhkan dahulu program pengagihan ini.

"Walaupun begitu, kita akan datangkan satu cara yang komprehensif dan sesuai agar seluruh rakyat Setiu yang layak dapat menerima bantuan ini dengan segera," katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu kerana turut sama membantu dengan memberikan Bakul Makanan kepada golongan ibu tunggal 

Hampir 4,000 rakyat Setiu dari golongan B40 menerima bantuan ini yang dijangka pengagihan akan diterima selewatnya awal bulan Februari.


Tag: