• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

PAS Lapor Polis BN Salah Guna Agensi Kerajaan

KEMAMAN, 26 November - PAS akan membuat laporan polis berhubung beberapa perkara berkait kesalahan dilakukan BN sepanjang kempen PRK Kemaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri, Dato' Satiful Bahari Mamat berkata, pihaknya mendapati BN menjalankan aktiviti kempen dengan menyalahi peraturan pilihan raya membabitkan penggunaan jentera dan agensi kerajaan.

"Ia melibatkan program Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek bersama warga Felda yang berlangsung dalam tempoh kempen," katanya dalam sidang media di Pusat Media PAS di sini semalam.

Ujar Satiful lagi, terdapat juga Jualan Rahmah di Kemaman bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam tempoh PRK Kemaman.

“Ini sama seperti Jualan Rahmah di DUN Pelangai yang berhadapan PRK pada September lepas.

“Kali ini ia berlangsung di empat dewan undangan negeri (DUN) dalam Parlimen Kemaman,” jelasnya.


Tag: