• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

PAS Mahu Buat Kejutan Penyertaan Nama-Nama Besar

MARANG, 9 Mei - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu membuat kejutan penyertaan nama-nama besar ke dalam parti itu di seluruh negara.

Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sedang merangka strategi sebelum mengisytiharkan kemasukan individu-individu terbabit.

“(Kemasukan nama-nama besar) insya-Allah ada, kita akan menyusun gelombang ini untuk seluruh negeri.

“Nama individu itu tak boleh diumumkan lagi, nanti tak ‘supsrise’, benda ni kena ada kejutan,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut di sini hari ini.

Mengulas mengenai agihan kerusi antara komponen Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri memaklumkan ia belum selesai sepenuhnya sekali gus menafikan Bersatu Terengganu hanya diperuntukkan empat kerusi.

“Libat urus antara negeri-negeri telah dilakukan, tinggal lagi perbincangan kesemua kepimpinan tertinggi daripada setiap parti dalam PN untuk memuktamadkan agihan keseluruhan kerusi itu.

“Kita sedang cari tarikh yang sesuai untuk membincangkan perkara itu memandangkan kita masih dalam suasana Aidilfitri, visi PN adalah untuk memastikan kemenangan yang maksimun,” katanya.


Tag: