• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PAS Tak Terima Jemputan Sertai Kerajaan Perpaduan

SHAH ALAM, 20 Oktober – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan parti itu tidak menerima sebarang tawaran atau jemputan terbaharu bagi menyertai Kerajaan Perpaduan sepertimana yang tular di media baru-baru ini.

Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jika dilihat dalam Pakatan Harapan itu sendiri terdapat beberapa anggota yang dari kluster mahkamah, bekas perasuah dan lain-lain.

“Macam mana kita nak ikut mereka jika dalam parti mereka masih mengamalkan isu berkenaan.

 “Jika kita nak bersihkan najis, kita tidak boleh duduk dalam tong najis bahkan duduk di luar pun tak boleh,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 bertempat di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyatakan beliau pernah menjemput PAS pada tahun lalu untuk menganggotai Kerajaan Perpaduan.

"Namun tawarannya ketika itu ditolak parti berkenaan," lapor Time Magazine yang disiarkan secara dalam talian pada 11 Oktober lalu.


Tag: