• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 6 November - PAS menegaskan parti itu tidak tamak dalam isu pembahagian kerusi di Piliharaya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengagihan dalam Perikatan Nasional (PN) adalah positif dan pihaknya membayangkan akan mendapat sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan. 

“Kita tak tamak, kerana kita ada tiga parti (yang akan bertanding) dalam PN,” katanya dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-67 di Duyong Marina & Resort, di sini hari ini.

Ditanya mengenai kawasan bakal PAS tandingi, Abdul Hadi berkata, ia telah dinilai berdasarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai cawangan dan jentera PAS.

“Ia akan diumumkan nanti, kita juga ada tolak ansur dengan parti Bersatu,” jelas beliau.

Dalam perkembangan sama, PAS dan PN dijangka akan mengumumkan calon PRN Melaka pada petang ini.


Tag: