• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Pasang Bendera Dengan Memanah

KUALA TERENGGANU, 9 November – Pemasangan bendera dengan menggunakan kaedah memanah merupakan satu pendekatan 'lain daripada lain' yang digunakan oleh pemuda-pemuda di Kawasan Kampung Tanjung, Paya Bunga dan Ladang Titian di sini.

Thaqif Kamaluddin, 32, berkata, seramai 15 orang pemuda di Unit Daerah Mengundi (UDM) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di tiga Kampung tersebut berganding bahu bagi memasang bendera PAS dalam menghadapi pilihan raya.

Katanya, pemuda-pemuda yang terlibat dalam kerja pemasangan bendera ini tidak mengambil sebarang upah serta mempunyai disiplin dan semangat tinggi.

“Kebiasaannya kerja pemasangan ini dijalankan bermula pada pukul 10 malam iaitu ketika waktu yang sesuai dengan suasana dan kenderaan di jalan raya dalam keadaan tenang dan terkawal.

“Pemilihan Parti Perikatan Nasional bagi pemuda di kawasan ini adalah kerana mudarat paling kurang berbanding kebanyakan parti lain yang bertanding," jelasnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Aktiviti Menaikkan Bendera di Kampung Tanjung Paya semalam.

Tambah Thaqif, pemimpin di peringkat Perikatan Nasional mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas dalam pemerintahan justeru Perikatan Nasional adalah pilihan yang tepat.

Dia yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Kampung Ladang berkata, pemasangan bendera ini penting untuk menarik minat orang muda untuk keluar mengundi.

"Apabila orang ramai melihat bendera banyak di sekitar jalan raya maka akan menimbulkan perasaan teruja dan semangat untuk keluar mengundi.

"Di samping, dapat membawa mereka untuk memilih pemimpin yang telus dan berwibawa dalam pemerintahan," jelasnya.

 

 

 

 


Tag: