• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

PAU 2017 : Songket Terengganu Kekal Jadi Tumpuan

Pengarah Urusan Manang Songket, Wan Manang Wan Awang

Kelainan dan kehalusan songket Terengganu kekal mendapat perhatian di Persidangan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC, Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Manang Songket Sdn Bhd, Wan Manang Wan Awang berkata songket Terengganu mempunyai kelainannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan songket-songket buatan di tempat lain.

Katanya, kebiasaannya harga-harga songket yang ditenun ditawarkan bergantung kepada beberapa ciri dan kualiti material.

"Harga yang paling rendah yang dijual di Manang Songket boleh didapati dengan harga cuma RM500 dan ianya boleh mencecah sehingga belasan ribu bergantung di atas kehendak pelanggan.

"Ianya bergantung kepada beberapa faktor utam iaitu bahan pembuatannya yang boleh terdiri daripada kapas, sutera ataupun polister dan campuran dari sutera dan kapas," katanya kepada Teganukita.

Selain itu, Manang berkata harga sehelai songket yang ditenun secara manual tersebut juga bergantung kepada rekaan dan kehalusan seninya.

Katanya yang telah menceburi bidang tenunan songket lebih dari 30 tahun tersebut, harga songket juga bergantung kepada hasil kerja oleh seseorang penunan.

"Kepakaran oleh seseorang penenun juga menjadikan harga sesehelai songket boleh meningkat dengan hasil kerja dan kehalusan tenunan itu," katanya.

Dalam pada itu, Manang berkata sepanjang PAU 2017 berlangsung, lebih 20 helai songketnya telah dijual kepada peminat songket daripada setiap golongan termasuk orang kenamaan.

Tag: