• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Pekan Budaya Marang : 1,619 Keping Saman Trafik Diselesaikan



Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG, 28 Julai - Pembukaan kaunter diskaun 50 peratus saman trafik sempena Program ‘Jom Singgah Pekan Budaya Daerah Marang’ berjaya menyelesaikan sebanyak 1,619 keping saman trafik setakat hari pertama dibuka.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis (IPD) Marang, Asp. Ismail Ab Ghani berkata, ia melibatkan kunjungan 2,200 orang dari dalam dan luar daerah Marang.

“Berdasarkan data yang dilaporkan, jumlah kompaun kesemua saman-saman yang diselesaikan itu adalah sebanyak RM201,450 untuk setakat jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang kelmarin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Urus Setia Darul Iman (UPDI), di program tersebut, semalam.

Dalam pada itu, terdapat lapan kaunter telah dibuka, yang terdiri daripada dua kaunter semakan, tiga kaunter pindaan serta  tiga kaunter bayaran, kesemuanya melibatkan 15 orang petugas dan kaunter tersebut telah ditutup pada jam 4.00 petang semalam




Tag: