• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pelajar Universiti Perlu Jaga Adab




Individu yang bakal melangkah ke alam universiti diingatkan  supaya menanam aspek amanah dan bertanggungjawab selain perlu menjaga adab sebagai pelajar.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Hishamuddin Abdul Karim, berkata mereka juga perlu mengelak daripada sikap hasad dengki yang memudaratkan diri dan masyarakat serta sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan.


“Sekiranya mendapat pinjaman daripada mana-mana sumber kewangan, tidak sewajarnya membazir dengan membeli gajet, keluar membeli belah, melancong dan membeli pelbagai kelengkapan yang dianggapkan tidak penting.

“Perkara itu boleh mendorong berlakunya pembaziran, sekaligus akan timbul isu mengikat perut, “ katanya ketika berucap pada Seminar Bimbingan Lestari Melangkah Ke IPT bagi lepasan SPM dan STPM, di Stadium Negeri, di sini, hari ini,”katanya.
Seminar sehari itu menyediakan pelbagai aktiviti dan forum sebagai panduan untuk pelajar SPM dan STPM melangkah ke alam Institut Pengajian Tinggi.


Hampir 2,000 pelajar, termasuk ibu bapa hadir untuk mendapatkan maklumat secara berdepan  melalui wakil pelbagai IPT awam dan swasta.

Katanya, sekiranya ada segelintir pelajar yang menyindir kedekut, berjimat, tidak bersikap terbuka,  abaikan kata-kata negatif itu.

“Sebaliknya perlu berusaha dan berazam untuk menjadi pelajar cemerlang dan berkebolehan tinggi apabila menempuh alam kerjaya pada masa akan datang,”katanya.
  
.



Tag: