• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Pelan Pentadbiran Kerajaan Penggal Depan Siap Dirangka

HULU LANGAT, 14 Mac – Kerajaan negeri pentadbiran PAS telah melengkapkan pelan pemerintahan bagi penggal seterusnya dan akan dibentangkan pada satu tempoh akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Dr. Alias Razak perancangan itu jelas membuktikan bahawa PAS telah bersedia mengekalkan kerajaan pada penggal seterusnya.

“Kita dapati bahawa respon rakyat sangat baik sepanjang pentadbiran hari ini melalui tadbir urus yang telus.

“Begitu juga keadilan dalam kerajaan mengagihkan bantuan kepada golongan sasar tanpa sikap pilih kasih mengikut warna parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga Perantau Terengganu peringkat Lembah Klang di Kingfisher Resort, di sini baru-baru ini.

Alias Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mengharapkan rakyat di perantauan menyumbang idea terhadap pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima subang saran serta buah fikiran tidak mengira latar belakang, seiring dengan Pelan Induk Terengganu Sekjahtera 2030 (PITAS2030) yang akan kita realisasikan,” tambahnya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. ADUN Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.

Program tersebut berjaya mengumpulkan seramai 300 perantau di Lembah Klang bagi mengeratkan hubungan dan sesi penerangan daripada pihak kerajaan negeri.

 


Tag: