• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Pelancongan Wadah Dakwah Terbaik Terengganu

KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan negeri perlu mengambil peluang peningkatan pelancong ke negeri itu untu menjadikan sektor berkenaan sebagai wadah atau medan menjelaskan keindahan Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, slogan indah hidup bersyariat perlu diadun dalam merencana dan membangun aktiviti pelancongan di negeri tersebut.

"Sudah sedia maklum, negeri ini meletakkan imej islam sebagai rukun dalam pentadbiran negeri, justeru segala etika dan lunas perlulah terkait dengan dasar ini, bukan berkiblatkan laba semata-mata.

"Lantas, usaha menjadikan pelancongan sebagai salah satu wadah dakwah adalah satu pelunag yang diambil serius semua pihak.

"Segenap pihak perlu memainkan peranan sewajarnya tanpa menunggu disuruh, diarah bagi memastikan hasrat kerajaan negeri untuk melihat syariat Islam berdaulat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Terengganu 2024 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, sektor pelancongan mencatatkan peningkatan ketara dengan kehadiran pelawat domestik sebanyak 175 peratus iaitu 10.23 juta orang berbanding 3.7 juta pada tahun 2021.

Sementara itu, bilangan pelancong asing meningkat daripada 1.14 juta kepada 3.69 juta dengan peningkatan 223.7 peratus.

 


Tag: