• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

PEMERKASA : Nasib Peniaga Terus Dibela

KUALA NERUS, 20 Mac - Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari terus memberi perhatian kepada golongan peniaga susulan kesan kelembapan ekonomi.

Beliau berkata dalam ucapanya, nasib golongan terbabit terus dibela melalui beberapa inisiatif antaranya geran khas Prihatin 3.0,.

"Usahawan wanita turut diperkasa melalui kempen E-Dagang PKS dan PKS Mikro serta Program Shop Malaysia Online dengan peruntukan dana RM30 juta untuk membantu mereka beralih ke pasaran dalam talian.

“Pemerkasa merupakan kesinambungan terbaik daripada inisiatif terdahulu, ia bukti kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat dan ekonomi negara," jelasnya dalam perutusan khas PEMERKASA.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab ketika diminta mengulas berkata, pakej PEMERKASA itu mempunyai banyak inisiatif yang bersifat kebajikan serta boleh mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

“Seperti yang kita lihat pengumuman tersebut akan menghasilkan banyak ruang perniagaan dan pekerjaan bagi individu serta bantuan inisiatif untuk belia yang ingin berjinak-jinak dengan perniagaan," katanya.

Menurut beliau lagi, inisiatif bantuan ‘one-off’ sebanyak RM500 adalah sesuai sebelum mereka mendapat pekerjaan.

Seorang perniaga, Adhha Yassin, 31, berkata, bantuan tersebut menjadi penyelamat kepadanya yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, saya menyambut baik pengumuman tersebut membuktikan pemimpin memahami masalah kita.

“Dengan inisiatif ini, banyak membantu saya dan dengan keadaan  dan tidak mempunyai pendapatan tetap,” ujarnya lagi. 


Tag: