• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pendaftaran 700 Pelajar PSMZA Secara Berperingkat Mulai Hari Ini

DUNGUN, 4 Ogos - Pendaftaran 700 pelajar baharu di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bagi kemasukan sesi Jun 2020 diadakan secara berperingkat mulai hari ini. 

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA, Yaswadi Mat Yasim berkata, pihaknya melaksanakan sesi pendaftaran dengan cara berbeza dari tahun-tahun sebelumnya disebabkan wabak COVID-19 masih belum reda sepenuhnya.

"Pendaftaran sesi Jun 2020 hari ini berbeza daripada sesi-sesi sebelumnya kerana ia dilaksanakan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan. 

"Dengan menjaga peraturan dan Tatacara Pengendalian Piawaian (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Yaswadi berkata demikian ketika meninjau perjalanan  Pendaftaran Pelajar Baharu Kemasukan Sesi Jun 2020 yang diadakan di Dewan Dagang, PSMZA di sini.

Menurutnya, seramai 400 orang pelajar baharu telah mendaftarkan diri di hari pertama yang dilaksanakan sesi pagi dan petang.

"Hari kedua pendaftaran pelajar baharu akan berlangsung pada 6 Ogos 2020 nanti dan dijangka seramai 300 orang lagi pelajar yang akan mendaftarkan diri. 

"Dengan semua pelajar wajib memakai pelitup muka tiga lapis bagi dan manjaga penjarakan fizikal bagi melindungi diri daripada virus COVID-19," ujarnya lagi.


Tag: