• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Pendidikan Modal Insan Teras Pembangunan Kerajaan Negeri


Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 12 April - Pendidikan modal insan menjadi hasrat utama kerajaan negeri bagi melahirkan masyarakat yang lebih baik.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, modal insan mestilah mempunyai akidah yang kuat serta berteraskan agama kerana setiap amalan manusia akan dihisab.

"20 manifesto kerajaan negeri sedang giat dijalankan, pendidikan merupakan salah satu hasrat kerajaan bagi membentuk pembangunan modal insan.

“Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan berupa biasiswa khas kepada pelajar jurusan sarjana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama (SMA) Ittifakiah, di sini semalam.

Yahaya juga menasihatkan para pelajar agar mengimbau kembali zaman kegemilangan ilmu Islam suatu ketika dahulu agar dijadikan sebagai pengajaran.

“Ilmu-ilmu moden pada zaman kini telah didahului oleh zaman kegemilangan Islam terdahulu, ini merupakan tanda bahawa umat sekarang mampu berubah ke arah kebaikan," katanya.

Tag: