Penerangan Isu Semasa Bantu Rakyat Fahami Perkembangan Terkini

HULU TERENGGANU , 15 Jun – Ceramah menjadi wadah penting bagi memperjelaskan perkembangan pasca Sidang DUN serta membincangkan pelbagai isu semasa yang melibatkan pentadbiran negeri dan perjuangan rakyat di peringkat nasional. 

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid berkata, program seumpama itu penting bagi memberi pencerahan kepada rakyat tentang isu-isu semasa di peringkat negeri dan negara.

“Penerangan seperti ini sangat penting supaya kita sama-sama faham apa yang sedang berlaku dan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak tepat,” katanya kertika berucap di Ceramah Isu Semasa Pasca Sidang DUN yang diadakan di Balairaya Kampung Langgar semalam.

Menurutnya, kehadiran orang ramai walaupun pada waktu malam menunjukkan semangat dan keprihatinan mereka terhadap isu semasa.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pemimpin untuk terus mendekati rakyat serta menjelaskan halatuju dan dasar kerajaan kepada masyarakat.