• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Penerima i-Fitri Luah Rasa Syukur, Terima Kasih

HULU TERENGGANU, 28 April – Rata-rata 4876 penerima agihan bantuan perayaan i-Fitri di  Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil hari ini meluahkan rasa syukur dan gembira atas bantuan yang dihulurkan.

Mat Zin Ibrahim, 70, yang menerima Bantuan Khas i-Fitri sebanyak RM400 berasa bersyukur atas bantuan yang diberikan.

Katanya, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam mendapatkan barangan dapur dan keperluan hari raya tidak lama lagi.


Bagi Matitah Mamat, 54, dia bersyukur walaupun bagi sesetengah orang jumlah itu tidaklah seberapa, namun bagi dia sekeluarga, sumbangan itu sememangnya banyak membantu.

“Memang bagi orang lain yang banyak duit, duit i-Fitri ini tidak banyak mana, tetapi bagi saya memang sangat membantu kami beli barangan keperluan raya. Kami tidak simpan pun duit i-Fitri  ini, memang belanja sepenuhnya untuk sambut raya,” katanya kepada pemberita.

Gimik Penyerahan Mock Cheque kepada penerima i-Fitri disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim di sini hari ini.