• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Penerima I-Perantau Gembira, Prosedur Permohonan Tidak Rumit

PASIR GUDANG, 1 Jun – Penerima i-Perantau menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri serta gembira kerana prosedur permohonan yang tidak terlalu rumit .

Salah seorang penerima, Nurul Afizah Abdul Rashid dan pasangan yang berasal dari Kampung Pulau Musang dan kini menetap di Pasir Gudang, berasa amat bersyukur dengan pemberian 'buah tangan' kerajaan negeri untuk anak-anak perantau itu.

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terlibat, terima kasih kerana kerajaan tidak meminggirkan juga golongan perantau ini.

"Permohonan sangat baik serta tidak merumitkan kerana semuanya secara dalam talian serta tidak perlu untuk pos borang dan sebagainya" katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas majlis penyerahan i-Perantau negeri Johor, baru-baru ini. 

Sementara itu, Firdaus Anuar yang berasal dari Batu Buruk dan kini menetap di Kempas juga bersyukur atas keprihatinan bantuan i-Perantau yang diterimanya.

"Walaupun kami bekerja di luar Terengganu tetapi masih diberi perhatian daripada pihak kerajaan negeri.

"Prosesnya sangat mudah dan saya sempat memohon sehari sebelum tamat tempoh permohonan tersebut.

"Saya berharap kerajaan sekarang dapat kekal untuk pilihan raya akan datang dan berjaya membangunkan Terengganu dengan lebih baik dan berkesan," katanya.

Manakala, bagi Safuan Sulaiman yang berasal dari Kuala Berang dan kini menetap di Johor Bharu selama empat tahun, turut menjadi antara penerima i-Perantau.

Beliau tidak ketinggalan menggambarkan rasa syukur atas pemberian yang membantu dari segi kewangan keluarganya. 

“Saya berharap agar i-Perantau ini sentiasa dilaksanakan setiap tahun kerana selepas beraya kebiasaannya keluarga menghabiskan banyak duit dan bantuan ini amat diperlukan. 

"Tiada lain, saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri" ujarnya.

 

 


Tag: