• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Pengakap Terengganu Perkasa Hubungan Antarabangsa - MyLEAF


KUALA NERUS, 19 Februari - Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) memperkasa hubungan strategik antarabangsa dengan meneroka peluang program penyelidikan dan latihan yang berpotensi.

Usaha itu dijalankan bersama pihak Malaysia Environment Adventure & Fellowship Society (MyLEAF) dalam Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu, semalam.

Memorandum tersebut dimeterai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Che Soh Muda dan Pengerusi MyLEAF, Azmi Nashriby Abu Bakar, .


Pemeteraian MoU itu disaksikan oleh Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Taib dan Penasihat MyLEAF, Mohd Taib Wahab serta turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin.

Che Soh Muda berkata, jalinan kerjasama melalui MoU ini akan membuka lebih banyak ruang kepada pihaknya dalam mengendalikan program antarabangsa seperti Program Pertukaran Pelajar serta Program Kem Kaunselor antara Malaysia dan Rusia.

“Pada masa sama membantu merancakkan sektor pelancongan di mana melalui program peringkat antarabangsa yang dianjurkan sebelum ini berjaya menarik lebih 13,000 peserta dari pelbagai negara,” katanya.


Tag: