RPMM Tok Jembal Siap 95 Peratus, Bakal Diserah Kepada Penerima
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
Beliau menyifatkan bahawa dakwaan demikian timbul daripada pemerhati yang tidak berada dalam gelanggang politik sebenar bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU).
“Sebelum PRU-14 lagi ada (penganalisis politik) kata Pas di Kelantan akan tewas dan macam-macam yang akan jadi.
“Dia macam main bola. Orang yang bermain atas padang dengan duduk di luar ini lain. Orang duduk luar ni kalau Messi dengan Ronaldo main pun dia komen.
“Tapi apa yang berlaku di padang itu adalah ‘real’, jadi terima kasih atas pandangan itu dan kita (PN) akan kerja lebih kuat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Bola Sepak Kejuaraan Terengganu Football League 2022 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Speak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong dan Datuk Bandar MBKT, Rosli Abdul Latif.
Dalam perlawanan itu, pasukan Besut FA berjaya menewaskan The Black Warrior FC dengan jaringan 5-0 sekali gus mengesahkan mereka sebagai juara liga.