• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Penglibatan Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Penting Majukan Sektor Pendidikan


KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Penglibatan ibu bapa dan ko­­muniti merupa­kan kaedah terbaik bagi bersama-sama pihak sekolah me­majukan lagi sektor pendidikan negara.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peranan mendidik bukan tugas guru semata-mata tetapi memerlukan kerjasama semua pihak.

"Proses pendidikan yang berjaya sebenarnya perlu mendapat kerjasama semua pihak dan sebab itulah adanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PiBG).

"Menunaikan hak mendidik anak-anak sangat penting kerana merekalah yang akan mengurus negara ini pada masa akan datang," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Permuafakatan Akademik, Penetapan Target PT3, SPM Dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, SMKA Sheikh Abdul Malek diharap akan dapat meneruskan dan meningkatkan lagi kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik tetapi meliputi semua aspek kehidupan

Tag: