• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Penjelasan Isu Kenaikan Yuran Tadika

Azhar Jusoh.
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Islam Terengganu menyangkal dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menular tentang kenaikan 100 peratus yuran bulanan tadika di bawah kelolaan agensi tersebut.

Pengarahnya, Azhar Jusoh berkata, dakwaan tersebut tidak benar, sebaliknya kenaikan yuran bulanan hanya dikenakan kepada mereka yang berkemampuan sahaja.

"Kerajaan negeri telah bersetuju untuk kenaikan yuran bulanan tadika daripada RM20 kepada RM40 sebulan bermula pada tahun 2020.

"Bagaimanapun, bagi pelajar yang tidak berkemampuan dan pendapatan ibu bapa yang kurang daripada RM2,500 ke bawah akan dikekalkan yuran bulanan sebagaimana biasa. Makan dan minum juga juga kekal macam biasa," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media hari ini bagi mengulas tentang isu tersebut.

Menurutnya, kenaikan tersebut adalah bagi menampung kos operasi.

"Kita menampung kadar kos yang banyak, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit kos operasi kita.

"Kadang-kadang orang masuk tadika kita ini sampai  tahap menunggu sebab ramai yang ingin menghantar anak mereka ke pusat tersebut," tambah beliau.






Tag: