• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Akan Salur Bantuan Kepada Penternak Terjejas

KUALA TERENGGANU, 9 Mac – Kerajaan Terengganu akan menyalurkan bantuan kepada penternak yang terjejas banjir di baru-baru ini selepas proses penelitian terhadap kerugian selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, seramai 142 penternak akuakultur di seluruh Terengganu mengalami kerugian sekitar RM6.9 juta kesan daripada bencana tersebut.

Katanya, hampir seluruh pengusaha tersebut merupakan penerima Skim bantuan Modal Tani Kerajaan Negeri Terengganu, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Agro Bank. 

"Kebanyakkan ternakan ikan yang mati bersaiz matang dijangka akan dipasarkan menjelang Ramadan, namun ia musnah secara keseluruhannya," katanya. 

Beliau turut memaklumkan bahawa penyelarasan bagi penstrukturan semula pinjaman telah dilakukan antara kerajaan negeri dan agensi pemberi pinjaman bagi membantu penternak kembali bangkit selepas bencana banjir.

 

 


Tag: