• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Penternak Kerapu Hybrid Lega Kerajaan Hulur Bantuan

SETIU, 31 Mac - Penternak ikan kerapu hybrid yang terkesan dengan peralihan monsun timur laut baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.

Shaharizukirnain berkata, ramai golongan terbabit yang mengalami kerugian termasuk kematian ternakan diberi bantuan agar kesusahan dapat diringankan.

"Saya menyelami permasalahan akibat peralihan musim yang mana mengakibatkan kematian dan kerugian kepada hasil ternakan tuan-tuan semua.

"Sedikit sumbangan ini diharap membantu menampung kerugian yang dialami dan saya berharap kita semua menerima ujian ini dengan hati yang terbuka," katanya.

Sangkar ikan di Sungai Kampung Gong Batu, Setiu

Beliau berkata demikian ketika ucapan ringkas pada majlis penyampaian bantuan kepada penternak kerapu hybrid yang terkesan akibat monsun timur laut di Jeti Nelayan Gong Batu, Setiu semalam.

Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD), Muhamad Azmidi Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gong Batu, Aziz Mohd.

Pada majlis itu, seramai 30 orang penternak menerima bantuan wang tunai di bawah peruntukan Ahli Parlimen Setiu.

Sementara itu, Mohd Fajri Ab Rahim, 35 salah seorang penternak yang ditemui berkata, dia sudah 10 tahun terlibat dengan penternakan ikan kerapu hybrid dan kejadian berlaku pada akhir dan awal tahun ini berada luar jangkaannya.

"Disebabkan oleh faktor air yang tidak mampu untuk spesis ikan bertahan dalam perubahan air pada peralihan monsun.

Mohd Fajri Ab Rahim, 35