• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Perancangan Teliti dan Berstrategik Kunci Kejayaan

KUALA TERENGGANU, 2 November - Perancangan teliti dan berstrategik menjadi kunci kepada kejayaan terhadap apa juga program yang dilaksanakan.

Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Wan Nur Sakinah Din berkata, kerjasama dengan agensi berkaitan  di bawah Portfolio Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri akan menghasilkan keputusan yang padu.

"Alhamdulillah, pertemuan dua hala ini membuka sesi berbalas pendapat antara dua agensi di bawah portfolio tersebut.

"Banyak peluang kerjasama bakal dijalinkan bersama agensi di bawah portfolio Exco.

"Terutamanya dalam aspek keusahawanan dalam meningkatkan ekonomi wanita Terengganu," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas kunjung hormat, di Wisma Darul Iman, pada kelmarin.

Turut hadir sama ialah wakil Terengganu Human Resource Development Centre dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).

Menurutnya, banyak peluang kerjasama  yang dapat digerakan antara USWa dan portfolio serta bawah agensi berkenaan.

Katanya, tanpa perancangan boleh diibaratkan bergerak tiada haluan dan matlamat.

"Perbincangan serius bakal dilaksanakan dalam memastikan program yang bakal dirancang mencapai target dan meliputi keseluruhan sasaran," ujar Sakinah.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ariffin Deraman selaku Exco Portfolio dan agensi berkaitan yang memberi peluang bagi menjalin kerjasama itu.


Tag: