• 04 Nov 2024 | 02 Jamadil Awal 1446

Perkasa Cara Hidup Sihat Dengan Rawatan Awal

KUALA NERUS, 23 Ogos –  Kerajaan berusaha memperkasakan masyarakat negeri ini dengan pengetahuan dan kemahiran tentang cara hidup sihat, pencegahan yang kedua penting dan pengesanan rawatan awal  kesihatan.

Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Wan Nur Sakinah Din berkata, sebelum sesuatu penyakit tersebut merebak ke arah yang lebih serius yang mana mencegah lebih baik daripada mengubati.

“Program Women’s Health Dan Wellness ini diperkenalkan atas dasar keprihatinan pihak Kementerian Belia Dan Sukan dalam menangani masalah-masalah kesihatan di kalangan rakyat khususnya wanita.

“Program ini telah memberikan tumpuan utama kepada beberapa perkara dalam kehidupan seharian kita seperti pengamalan pemakanan yang sihat dan seimbang dan gaya hidup aktif dan cergas pada setiap masa tidak kira di mana kita berada,” jelasnya.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program “Program Women’s Health Dan Wellness peringkat negeri Terengganu 2022, di Dewan Cenderawasih, Tingkat 2, Pusat Pentadbiran Kuala Nerus, di sini, pada hari ini.

Menurutnya, acara tersebut khusus untuk wanita dalam usaha memperkasakan komuniti dan membudayakan amalan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan sihat.

“Dengan perubahan dan kemajuan yang dinikmati ini, kita turut menyaksikan satu perubahan trend penyakit iaitu dari penyakit berjangkit kepada penyakit ‘moden’ yang berkait rapat dengan gaya hidup seharian yang tidak sihat.

“Salah satu situasi yang khususnya amat membimbangkan ialah masalah lebihan berat badan dan obesiti yang kini boleh dianggap seperti satu ‘wabak’ di Malaysia.

“Maka tidak hairanlah jika berlaku trend peningkatan dalam penyakit – penyakit tidak berjangkit yang kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes mellitus dan kanser, di mana umum mengetahui bahawa penyakit-penyakit ini amat berkait rapat dengan obesity,” ujar beliau.

Justeru itu,  Kerajaan negeri Terengganu menyokong matlamat pelaksanaan Agenda Nasional Sihat Malaysia (ANMS) dalam menjadikan rakyat malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

“Semoga inisiatif kerajaan tercapai dalam memastikan kaum wanita sentiasa menjadikan sukan dan aktiviti senaman sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian sekaligus membentuk golongan wanita yang aktif dan cergas.

“Program ini dapat memperkasakan komuniti terutamanya golongan wanita dalam membudayakan pengamalangaya hidup aktif, sihat dan pemakanan seimbang.

“Program berbentuk kecergasan ini dapat memberi kesedaran akan kepentingan mengamalkan senaman atau aktiviti sukan di dalam kehidupan bagi mengurangkan peningkatan obesiti di kalangan rakyat malaysia,” tambah Sakinah.

 


Tag: