• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Pertukaran 'Speaker' : Takiyuddin Jawab Telahan Pembangkang

Oleh : Muhammad A. Rahman

KUALA LUMPUR,  13 Julai – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan menjawab semua tuduhan ahli parlimen pembangkang berkaitan usul pemilihan 'speaker' dengan tersusun dan berfakta.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengemukakan tiga aspek penting iaitu usul tersebut adalah berdasarkan perlembagaan dan peraturan mesyuarat, mengikut lunas perundangan dan peraturan mesyuarat serta ia telah diterima oleh bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff sendiri.

“Saya ingin memaklumkan usul ini dibuat berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan dalam Parlimen.

“Sebagai contoh, tidak pernah berlaku dalam negara ada Perdana Menteri interim, tetapi ia berlaku dan kita menerimanya.

“Jadi jangan hanya melihat Peraturan Mesyuarat kerana Peraturan Mesyuarat dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya ketika menggulung usul berkenaan.

Terdahulu, usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi hangat apabila pihak pembangkang membantah pertukaran tersebut.

Ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang dilihat berat sebelah dengan usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-9.

Keputusan undi belah bahagian namun berpihak kepada kerajaan apabila memperoleh 111 undi berbanding 109 dari pihak pembangkang
 


Tag: