• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Pesakit Perlu Ikut Nasihat Hospital - Kak Zah

MARANG, 17 Disember - Pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera perlulah mengikuti nasihat seperti mana yang disarankan oleh pihak hospital atau pakar.

Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata pesakit perlu mengutamakan kesihatan diri dengan merujuk kepada pihak yang lebih pakar seperti hospital daripada tempat lain.

Menurutnya lagi, ahli keluarga dan masyarakat juga perlu sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada pesakit yang menghidap sakit kronik seperti barah atau kanser agar emosi dan semangat mereka terus kuat.

Keadaan salah seorang pesakit terlantar yang menghidap masalah saraf

Ucapnya ketika menziarahi lima orang pesakit kronik di kawasan Dewan Undagan Negeri (DUN) Rhu Rendang bersama-sama agensi dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Rhu Muda, Alur Tuman, serta Kampung Baru Rhu Muda.

Antara jabatan yang hadir adalah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marang, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Tabung Darul Iman (TDI), dan Norlan United.

Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, tujuan ziarah ini bertujuan memberikan bantuan seperti bantuan perubatan, bantuan pembedahan, katil, bantuan am bulanan, sewa rumah dan sebagainya.

To' Puan Seri Tuan Faizah memberikan sedikit sumbangan kepada pesakit kanser

"Mereka yang diziarahi kebanyakannya terdiri daripada mereka yang di luar kemampuan, dan terpaksa menampung kos-kos perubatan yang besar.

"Jabatan ini hadir bagi memberikan bantuan yang selayaknya agar beban mereka dapat dikurangkan di samping menunjukkan kecaknaan pihak kerajaan kepada masyarakat." katanya.

Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu juga turut memberikan sedikit sumbangan kewangan bersama-sama keperluan asas yang diserahkan daripada pihak Norlan United.

 


Tag: