• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Peti Undi Pulau Redang Tiba Jam 6 Petang

SETIU, 19 November - Tiga beg kuning peti Undi Pulau Redang telah tiba di Padang Astaka Majlis Daerah Setiu pada jam 6.00 petang.

Ketiga-tiga peti Undi itu Dari Pusat Pengundian Pulau Redang  telah dibawa oleh tiga ketua tempat mengundi bersama tiga polis pengiring dengan helikopter sewa khas yang bertolak pada jam 5.00 petang dari Lapangan Terbamg Pulau Redang.

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Pulau Redang adalah seramai 1,316.

Kesemua pengundi telah melaksanakan tugas berkenaan pada jam 8 pagi dan berakhir tiga petang melalui tiga saluran di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.

Ini merupakan peti Undi yang pertama telah tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom.