• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

PKM Marang Bantu Ringankan Keluarga Mohd Fakruddin

MARANG, 18 Januari – Kunjungan Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat  (PKM) Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang melegakan keluarga ahli Jabatan Amal Malaysia, Mohd Fakruddin Husin.

Enam sekeluarga, termasuk Mohd Fakrudin  telah terlibat dalam satu kemalangan pada 3 Januari lalu di Wakaf Tapai.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, kedatangan PKM  bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang  bertujuan menyalurkan sumbangan  dan mendapatkan maklumat untuk bantuan yang sepatutnya.

"Pada masa sama, diharap mampu meringankan beban dihadapi keluarga mangsa, tambahan lagi keadaan Mohd Fakruddin yang masih tidak boleh berjalan dan terlantar akibat kecederaan di bahagian tulang belakang,"katanya.

 

Keadaan kereta ketika kemalangan di Wakaf Tapai 

 

Menurutnya lagi, ibunya juga sedang uzur dan menghidap sakit kronik iaitu lumpuh separuh badan, jantung dan kencing manis juga menerima sumbangan katil serta merta.

"Kita juga berdoa dan berharap agar keadaannya pulih seperti sedia kala kerana beliau merupakan seorang yang sangat komited dalam kerja-kerja amal serta membantu orang lain, terutamanya baru-baru ini sewaktu misi membantu mangsa banjir di beberapa kawasan Dun Rhu Rendang,"katanya selepas kunjungan itu. semalam.

Turut hadir adalah petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang, dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rhu Muda.

Sedikit sumbangan yang diberikan daripada PKM di samping membawa agensi JKM

Sementara itu, Fakhruddin memberitahu, anaknya masih berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu menjalani rawatan akibat cedera di bahagian lengan.

Katanya, keretanya melanggar lopak air menyebabkan hilang kawalan sehingga terbabas ke tengah jalan sebelum melanggar sebatang tiang lampu elektrik.

"Walau bagaimanapun, isteri dan dua lagi anaknya lagi termasuk yang masih bayi terselamat dan hanya cedera ringan," tambahnya.

Selain daripada itu, ada juga pihak-pihak lain yang membuat kutipan derma bagi membantu keluarga beliau memandangkan beliau adalah seorang yang sangat berjasa dengan orang ramai termasuk JPKK dan lain-lain.


Tag: