• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Polis Hulu Terengganu Siap Sedia Hadapi PRU15, Banjir

HULU TERENGGANU, 15 November - Polis Hulu Terengganu bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan fenomena banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pengurusan Jawatankuasa Banjir Daerah telah menyediakan pelan kontijensi untuk membuat persiapan sekiranya berlakunya bencana banjir di Hulu Terengganu pada hari pengundian nanti.

"Pelaksanaan tugas berdasarkan aset dan petugas, jadi  kita tidak ada masalah cuma anggota-anggota PDRM akan menumpukan sepenuh tugas kepada kawalan keselamatan bagi proses PRU15 nanti.

"Pihak Bomba selaku Timbalan Komander Operasi akan menguruskan proses pemindahan dan lain lain perkara yang berkaitan dengan banjir," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuang undi  di Pusat Pengundian Awal di Dewan Kelah, Kompleks PDRM, di sini.

Katanya lagi, ia bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengundi terjamin semasa menghadapi PRU15.