• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Polis Terengganu Bantu Komuniti Terjejas Di Pulau Redang

KUALA NERUS, 31 Julai – Polis Terengganu menggerakkan Operasi Bantu (Op Bantu) di Pulau Redang di sini bagi mengatasi kesukaran masyarakat untuk mendapatkan bekalan keperluan harian akibat keterbatasan pergerakan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, operasi tersebut berjalan dengan penyaluran bantuan buat warga pulau terbabit melibatkan 40 buah rumah.

Sumber foto : Facebook Polis Terengganu

“Umum mengetahui, sumbangan ini adalah hasil kutipan elaun COVID-19 Pegawai Kanan dan Anggota Pangkat Rendah Polis Terengganu khusus bagi tujuan membantu mereka yang terkesan pandemik ini.

“Bantuan yang kami sampaikan ini adalah atas dasar semangat 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', memandangkan ramai anggota masyarakat di pulau ini bergantung kepada sektor pelancongan, yang terjejas teruk akibat pandemik ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Dalam pada itu, Datuk Rohaimi bersama rombongannya turut melawat Balai Polis Pulau Redang bagi menyampaikan barangan keperluan harian untuk kegunaan balai dan anggota.

“Bantuan sama turut disampaikan kepada tiga orang anggota RELA sebagai tanda menghargai jasa mereka sebagai sahabat barisan hadapan,” katanya lagi.