• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Portal Berita Turunkan Artikel Fitnah Terhadap Calon PAS

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Satu portal berita menurunkan satu artikel berbaur fitnah terhadap calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri Kemasik selepas menerima notis tuntutan (LOD) daripada calon terbabit.

Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, peguamnya Tetuan Nordin Kassim & Aziz telah menghantar LOD pada 1 Ogos 2023 supaya artikel ‘wanita dakwa digantung tidak bertali’ ditarik balik.

“Setelah pelbagai tuduhan dan fitnah yang bergelumang di dalam ruang maya telah mencemarkan imej dan kredibiliti saya, tindakan mahkamah akan diambil segera.

“Ini bagi memastikan budaya politik kotor dan jijik ini dapat dihentikan melalui saluran mahkamah,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Sebelum ini, Tetuan Nordin Kassim & Aziz turut menghantar LOD kepada wanita yang menimbulkan fitnah terbabit.

Dalam tuntutan itu, Tetuan Nordin & Kassim berkata, anak guamnya menegaskan kenyataan yang bersifat skandal, sensasi adalah satu cubaan pembunuhan karakter yang terancang.

Justeru, anak guam kami mahu kenyataan itu diturunkan dalam tempoh 24 jam.

“Fitnah berkenaan telah menyebabkan Ir Saiful menanggung ‘distress’, aib dan kerosakan reputasi.

“Sekiranya gagal, anak guam kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan menuntut ganti rugi atau perintah injuksi tanpa sebarang rujukan lanjut pihak puan,” ujar peguam Ir Saiful.


Tag: