• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PPS Dinaiki Air, Tentera Bantu 220 Mangsa Pindah Ke Lokasi Lain

HULU TERENGGANU, 25 Disember - Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD)(PARA)telah diatur gerakkan untuk menyelamatkan mangsa banjir Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, Ajil, apabila Pusat Pemindahan Sementara (PPS)mereka mula dinaiki air.

Ketua Ops Murni Sektor Hulu Terengganu, Mejar Mohd Amir Mohd Alid berkata operasi bermula pada jam 3 hingga 8 pagi tadi  dengan kekuatan tiga pegawai dan 33 anggota Lain- Lain Pangkat. 

"Seramai 220 mangsa daripada 
40 keluarga berjaya dibawa keluar setelah mendapat panggilan pada jam 5 petang.

"Kesemua mangsa telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong,"katanya ketika dihubungi pemberita.

Setakat jam 8 malam, mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu terus melonjak kepada 4,294 orang daripada 1,147 keluarga.

Mereka kini ditempatkan di 69 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini.


Tag: