• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

PRK ‘Langkah PD’, PAS Buka Laluan Kepada UMNO - Mahfodz

Dr Mahfodz (kanan) dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-64. Foto - Tengku Syamim Tengku Ismail
Oleh: Khairul Azlam Mohammad

KUALA TERENGGANU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedia memberi laluan kepada parti UMNO bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS sempena muktamar ini.

“Kelmarin (13 September), kita ada bincang sedikit mengenai PRK (Parlimen) Port Dickson.

"Kita bagi laluan kepada UMNO dan kita (PAS) lebih suka jika (berlaku) pertandingan satu lawan satu.

“Calonnya pun kita tengok, sebab kita hendak beri laluan kepada calon Umno sebagaimana dia (UMNO) memberi sokongan kepada kita (Seri Setia),” beliau berkata demikian ketika muktamar berhenti rehat.


Muktamar Dewan Ulamak PAS Malaysia Kali Ke-57, disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, di Permai Hotel Kuala Terengganu, kelmarin (13 September).

Menurut Dato’ Dr Mahfudz, kerjasama politik yang dijalinkan itu mesti membawa keuntungan kepada Islam dan orang Melayu.

“Matlamat kita bukan hanya hendak keuntungan kepada PAS tetapi menguntungkan Islam dan orang Melayu.

“Sebab, dalam apa jua tahaluf atau taawun bukan hanya untuk keuntungan PAS sahaja.

"Kita ‘win-win situation’,” ujarnya.


Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU), Dato’ Dr Nik Wan Zawawi berkata, satu kesepakatan dicapai di kalangan parti-parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kita telah mencapai suatu benda (kesepakatan) yang boleh kita bekerjasama iaitu parti-parti pembangkang yang ada ini kita bentuk kekuatan.

“Kita sudah dapat benda yang boleh kita bekerjasama. Semua parti-parti pembangkang yang ada termasuk Sabah dan Sarawak.

"Dalam erti kata lain, mana-mana kawasan jika berlaku pilihan raya di dalam itu, yang akan bertanding pembangkangya.adalah satu sahaja,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media itu, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Johari Mat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.









Tag: