• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Projek Bekalan Air Marang Capai Tahap Lebih 97 Peratus

KUALA TERENGGANU, 24 Oktober - Proses pemasangan paip 900mm dari Loji Rawatan Air Kepong 2 ke Tangki MIEL dan Tangki Gondang Daerah Marang di bawah Projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara telah mencapai tahap 97.73 peratus.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar laporan tersebut telah dimaklumkan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).

"Katanya, pemasangan paip ini akan meningkatkan bekalan air terawat dari LRA Kepong 2 ke Daerah Marang dari 65 JLH kepada 95 JLH kepada pengguna di Daerah Marang.

"Dengan siapnya pemasangan paip air ini, isu gangguan bekalan air berjadual di Daerah Marang akan dapat diselesaikan, Insya-Allah," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya pada hari ini.

Tambah Ahmad Samsuri, beberapa proses yang sedang dalam pelaksanaan adalah berkaitan kerja-kerja pemasangan paip di beberapa kawasan terlibat.

Selain itu, kerja-kerja disinfeksi sehingga ujian sampel kualiti air, penurapan jalan dan pemeriksaan akhir serta penyerahan sistem agihan.

"Tahniah pasukan SATU atas usaha memberi keselesaan kepada penduduk dan terima kasih buat penduduk atas kesabaran kalian selama diuji gangguan bekalan air," ujarnya.

 

 

 


Tag: