![]() |
Sekumpulan pengundi menunjukkan jari yang dicalit sebagai tanda sudah membuang undi pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail |
Seramai 736,632 pemilih berdaftar di negeri ini layak menunaikan tanggungjawab masing-masing sehingga jam 5 petang ini bagi menentukan kepimpinan negara dan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.
![]() |
Calon BN Bukit Payung, To' Puan Zaitun beramah mesra dengan perayu undi ketika keluar membuang undi pagi ini. |
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, setakat 2 petang ini, 63 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di 401 pusat mengundi seluruh Terengganu.
Katanya, daripada jumlah itu, hanya tujuh pusat mengundi ditutup awal iaitu pada jam 3 petang ini. Tujuh sekolah berkenaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu dan SK Sg Pergam.