• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

PRU14: BN Yakin Rampas Kembali Kuala Nerus


Pengerusi Badan Nasional (BN) Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yakin BN akan menang di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, kemenangan mampu berpihak kepada BN dengan pertaruhan calon-calon yang berwibawa.

“Saya melihat bahawa di peringkat akar umbi, pengundi-pengundi amat berkeyakinan penuh terhadap kerajaan BN dan penerimaan rakyat juga begitu baik sekali.

“Tiada sebab untuk rakyat menolak calon BN. Saya berkeyakinan penuh dengan calon-calon yang ditonjolkan yang begitu berwibawa yang diketua oleh Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi dan dibantu oleh pegawai pembangunan parlimen dan pegawai penyelaras DUN yang mempunyai pengalaman menjaga kawasan masing-masing selama empat tahun," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan kepada wakil SPR di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.

Ahmad Razif yang merupakan calon DUN Seberang Takir di samping Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (Bukit Tunggal), Datuk Basir Ismail (Tepoh), Che Mansor Salleh (Buluh Gading) dan Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Parlimen Kuala Nerus) menyerahkan borang pencalonan masing-masing kira-kira 9.05 pagi.

Tag: