lightning-solid
Berita :
PRU14 : Dato' Ku Selesai Buang Undi
PRU14 : Dato' Ku Selesai Buang Undi
Trdi News
09 May 18
190



Calon Barisan Nasional (BN) N23 Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan isterinya, To' Puan Halijah Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang , kira-kira pukul 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi.

Tengku Putera yang ditemui pemberita selepas selesai membuang undi berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini.

"Alhamdulillah semuanya berjalan baik, proses demokrasi berjalan lancar dan tiada sebarang bentuk provokasi dilakukan.

"Saya lihat ramai turun awal untuk mengundi, cuaca juga baik dan harapnya semua pengundi di sini akan keluar mengundi," katanya.

Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Tengku Putera dengan calon Pas, Dr Mamad Puteh dan calon PKR, Mohd Nor Othman

Tag :

Artikel Berkaitan