• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

PRU14: Empat Pusat Undi Awal Anggota Beruniform Di Marang

Anggota ATM beratur untuk memasuki bilik mengundi.

Seramai 274 pengundi yang berdaftar sebagai pengundi awal melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat kawasan masing-masing bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Kem Rejimen 512 Askar Wataniah, Padang Midin, pagi ini.

Pengundi yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan serta veteran ATM memenuhi pusat pengundian sejak jam 8 pagi lagi.

Dalam pada itu, 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut melaksanakan pembuangan undi di Balai Polis Bukit Payung yang menjadi pusat pengundian yang merekodkan pengundi awal paling sedikit daripada empat pusat pengundian di Parlimen Marang hari ini.

Dua pusat pengundian lain yang dibuka ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan Kem Polis Simpanan Persekutuan, Wakaf Tapai.



Tag: