• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

PRU14 : Ir Rosli Hormati Lawan

Rosli

Oleh : Ezzuan Ahmad

Calon Barisan Nasional (BN) Kemasik, Ir Rosli Othman tidak akan memandang rendah keupayaan  lawannya dalam pilihan raya kali ini.

Menurutnya, pertandingan tiga penjuru pada kali ini dianggap satu pertandingan sengit bagi merebut kerusi kawasan yang disandang beliau sejak 2008.

Rosli berkata, kedua-dua lawannya itu mempunyai latar belakang pekerjaan yang sama sepertinya iaitu sebagai jurutera profesional.

"Tidak sesekali saya akan memandang rendah lawan  pada kali ini dan menghormati kewibawaan mereka tetapi kita akan berusaha untuk mengekalkan kemenangan kita dengan jentera yang kita ada sekarang," katanya.

Beliau berkata, jentera parti di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM ) sudahpun berada dalam keadaan bersiap bersedia untuk dikerahkan sepanjang kempen bagi memastikan pengundi kekal memilih BN pada kali ini.

Katanya, persiapan awal jentera termasuk mendekati pengundi untuk memberikan maklumat tepat mengenai kerajaan serta melancarkan setiap gerak kerja dan perkhidmatan.

Rosli berkata, pada kali ini  bukan kemenangan  sahaja yang hendak dicapai namun juga mahu undi majoriti kepada BN juga meningkat.

Pada kali ini, beliau akan dicabar oleh Ir Saiful Azmi Suhaili (Pas) dan Ir Rizan Ali dari Parti Keadilan Rakyat.



Tag: