• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

PRU14 : Penamaan Calon Di Hulu Terengganu Berlangsung Aman



Proses penamaan calon bagi Parlimen Hulu Terengganu berjalan dengan lancar, walaupun selesai selepas empat jam borang pencalonan dihantar kepada petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Pejabat Daerah Hulu Terengganu.

Proses penamaan calon menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan PKR bagi parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perarakan mengiringi calon bermula pada jam 8.30 pagi diketuai calon P038 Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid diikuti Dato' Rozi Mamat (Telemong), Yusof Awang Hitam(Manir), Dato' Tengku Putera Tengku Awang(Kuala Berang) dan Dr Ghazali Taib ( Ajil) menuju ke dewan syarahan di mana proses pencalonan di adakan.

Diikuti calon-calon Pas yang diketuai Muhyidin Abdul Rashid  (Parlimen Hulu Terengganu) dan Kamaruzaman Abdullah (Telemong), Hilmi Harun (Manir), Mamad Puteh (Kuala Berang) dan Maliaman Kassim (Ajil).

Manakala calon PKR pula Dato' Razali Idris (Parlimen Hulu Terengganu), Sharifah Norhayati Syed Omar (Telemong), Hafizuddin Hussin (Manir), Mohd Nor Othman (Kuala Berang) dan Zamani Mamat(Ajil).



Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud, berkata proses penamaan calon berjalan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini dengan kawalan dan kekuatan 130 anggota yang bertugas sepanjang proses tersebut.





Tag: