• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

PRU14 : Persempadanan Semula Kelebihan Untuk BN


Oleh : Ezzuan Ahmad

Persempadan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dilihat memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memenangi beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) nanti.

 Mantan ADUN Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohamed Adib berkata, persempadanan semula itu memberi peluang kepada BN untuk merampas kembali tiga daripada empat kerusi DUN yang dipegang pembangkang.

Katanya, pun begitu, beliau mengakui BN mungkin terpaksa berhadapan dengan tugas berat, tetapi tetap berkemampuan merealisasikan hasrat tersebut menerusi kerja keras jentera parti.

"Sekiranya tiga kawasan iaitu DUN Sura, Rantau Abang dan Paka dapat ditawan kembali, adalah peluang cerah untuk memenangi kerusi parlimen juga. Mereka (Pas) tidak menjalankan kerja sebagai wakil rakyat dan rakyat sudah muak dengan cara mereka dan inginkan perubahan,

"Rakyat juga harus sedar tentang apa yang telah terjadi pada tahun 1999 di mana mereka bertindak kejam dengan menghalau kanak-kanak dari kelas tadika dan beberapa perkara lain demi kepentingan politik peribadi mereka"katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Sura yang dihadiri oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, malam tadi.

Katanya, rakyat sudah mula sedar bahawa pembangkang tidak membawa sebarang perubahan kepada mereka dan rakyat sudah merasa peritnya sekarang.

Za'abar  pernah menjadi ADUN Rantau Abang selama dua penggal (1999 sehingga 201) sebelum tewas kepada calon Pas, Alias Harun pada PRU13.

Tag: