• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

PRU14 : Sentuhan Blok Felda Bukti Peneroka Sepakat



Oleh : Ezzuan Ahmad

Peneroka Felda harus mengingati kembali perit jerih mereka dalam membangunkan Felda sehingga dikenali sehingga ke mata dunia.

Calon BN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, kejayaan Felda pada masa sekarang adalah hasil usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi orang Melayu khususnya satu masa dahulu.

Tengku Hamzah yang juga seorang peneroka dari Felda Kerteh 4 berkata, golongan itu harus sedar bahawa apa yang mereka perolehi pada masa sekarang adalah datangnya daripada kerajaan yang banyak membantu masyarakat peneroka di negara ini bagi membawa keluar dari kepompong kemiskinan.

"Program Jelajah Blok yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Felda ini bertujuan untuk mengembalikan kembali semangat perpaduan di kalangan peneroka seperti satu masa dahulu," katanya.

Tengku Hamzah ditemui pada program tersebut di Felda Kerteh 1, Paka, Dungun, hari ini.

Beliau berkata, ada segelintir peneroka yang berpaling tadah dengan menyokong  pihak pembangkang dan ini membuktikan sikap tiada sikap berterima kasih terhadap Kerajaan BN.

"Ini sudah membuktikan bahawa mereka sudah menjadi ' lupa diri' dan mereka sedar apa yang diperoleh adalah usaha Kerajaan BN namun masih mahu menentang kerajaan.

"Respon sangat positif apabila masyarakat peneroka akan memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya kali ini.

"Mereka (peneroka ) tidak akan melupakan jasa kerajaan dalam membantu mereka selama ini dan bagi yang menyokong pembangkang bilangannya adalah sedikit " katanya.


Tag: