• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PRU14 : Shabery, Rosli Selesai Mengundi Di SK Kemasik


Dua calon Barisan Nasional (BN), Ahli Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan DUN Kemasik, Rosli Othman mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Kemasik pagi ini.

Kedua calon tersebut tiba kira-kira jam 8:15 pagi dan selesai membuang undi pada jam 9 pagi.


Suasana di pusat mengundi itu begitu meriah namun terkawal apabila pengundi-pengundi datang awal pagi untuk menentukan wakil rakyat kawasan mereka.

Kelima-lima saluran beroperasi dengan lancar dengan pengundi mematuhi proses membuang undi.

Kerusi roda juga turut disediakan khas oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk pengundi-pengundi warga emas dan uzur.

Tag: