• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

PRU14 : Sokong Ayoh Ku Kekal Terajui Kuala Berang - Pengundi

Sebahagian beliawanis yang sempat merakamkan foto bersama Tengku Putera ketika Program Turun Padang hari ini.Foto oleh Tengku Syamim


Dengan menyifatkan pilihan terbaik, penduduk N23  menyatakan sokongan jitu kepada anak tempatan, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Berang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sulaiman Md Hassan


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Padang Tara, Sulaiman Md Hassan, berkata Tengku Putera sewaktu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang selepas memenanginya pada PRU13 banyak membantu penduduk setempat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka termasuk pembangunan kawasan.

“Kami menyokong penuh apabila namanya dicalonkan kembali bagi kerusi DUN Kuala Berang kerana beliau merupakan calon yang paling layak dan sentiasa mempunyai pendekatan baharu bagi politik luar bandar.

"Malah pengundi percaya dan meletakkan kepercayaan calon  mampu membawa lebih banyak perubahan dari segi pembangunan dan ekonomi di kawasan Kuala Berang termasuk Kampung kami,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui hari ini.

Nur Fauzani Md Arshad


Bagi pengundi muda, Nur Fauzani Md Arshad, 35, Kampung Getang, berkata ini merupakan kali kedua berpeluang mengundi selepas  PRU13 yang lalu dan dia tetap menyokong calon yang sama.

Baginya Tengku Putera yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Ku,  dikatakan seorang calon yang memiliki wawasan jauh bagi mempertingkatkan usaha penduduk tempatan memajukan ekonomi.

“Ayah Ku merupakan anak tempatan yang mempunyai wawasan tinggi dalam bidang ekonomi, justeru saya percaya beliau dapat menjadi pemimpin terbaik di kawasan ini,” tegasnya.

Mariam Deraman kelihatan teruja ketika dikunjungi calon N23  Tengku Putera dan isteri Halijah Ali.


Seorang warga emas Kampung Tapu, Mariam Deraman, 90,  pula berkata, dia sejak mula mula mengundi hanya BN yang menjadi pilihannya.

"Tok dok (tidak) pernah pangkah yang lain, biar lah orang kata macam-macam pun sebab tok cuma tau BN parti hak paling molek sekali.

"Ku Tera pun wakil rakyat hok bagus dah yang Tok kenal..dok sombong, cakna ke warga emas kalau nak bandingkan dengan orang lain...payah nak cari orang macam ni," katanya.

Bakar Husin


Sementara itu bagi, Bakar Husin, 67, berkata Tengku Putera merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sememangnya bertanggungjawab untuk menghadapi pelbagai cabaran pembangunan di kawasan terbabit.

“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Tengku Putera untuk bersama-sama melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat di Kuala Berang.

"Pemilihannya sekali lagi sebagai calon BN pada PRU14 nanti adalah amat sesuai kerana hubungan rapatnya dengan penduduk setempat.

“Kami yakin beliau dapat membawa lebih banyak pembangunan di kawasan ini,” katanya lagi.

Tag: