• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PSMZA Sedia Bas Untuk Pelajar Balik Bercuti

DUNGUN, 14 Julai- Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menyediakan bas untuk memudahkan pelajar balik bercuti ke kampung halaman masing-masing sempena bermulanya cuti semester. 

Menurut jurucakapnya, sebanyak sebelas buah bas disediakan untuk menghantar pulang seramai 179 orang pelajar ke  seluruh negara secara berperingkat.

"Lima buah adalah bas PSMZA, manakala enam buah lagi disewa khas dan penghantaran mengikut zon masing-masing iaitu zon timur barat, utara dan selatan dengan terhad 20 orang untuk sebuah bas sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan," jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini. 

Menurutnya lagi, pelajar-pelajar tersebut terpaksa tinggal di asrama ataupun rumah sewa memandangkan mereka perlu mengikuti kelas secara bersemuka untuk kelas yang melibatkan amali dan bengkel.

"Tetapi untuk kelas teori, mereka tetap mengikutinya secara 'online' walaupun berada di PSMZA," ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail berkata pihak pengurusan PSMZA sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap keselamatan serta kesihatan pelajar.

"Diharapkan pelajar-pelajar  sentiasa menjaga SOP dan mengikut peraturan yang ditetapkan memandangkan kita masih belum menang dalam mengekang penularan pandemik COVID-19," katanya yang meluangkan masa bersama pelajar dalam simbolik pelepasan pulang pelajar di perkarangan PSMZA di sini. 


Tag: