• 18 Sept 2020 | 30 Muharam 1442

Pusat Konservasi Dinaiktaraf Sebagai Hospital Penyu Negara

DUNGUN,13 Ogos - Pusat Konservasi Penyu di Kampung Rantau Abang dinaiktaraf sebagai Hospital Penyu Negara.  

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun menyambut baik usaha untuk memperkasakan semula Rantau Abang yang dikenali dengan tempat penyu bertelur. 

"Saya berharap juga agar nanti kerajaan menjadikan program pelepasan anak penyu Sebagai acara tahunan.

"Agar boleh memberi peluang menambah pendapatan kepada penduduk setempat," ujarnya ketika dihubungi pemberita semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman tersebut oleh 
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman di dalam Ucapan Penggulungan Perbahasan Titah Diraja di Persidangan DUN di Wisma Darul Iman di sini kelmarin.

Di dalam ucapan penggulungan tersebut juga turut diumumkan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang akan mempunyai galeri hidupan laut terancam  yang menempatkan spesis dugong, paus dan ikan lumba-lumba yang bakal menarik lebih ramai lagi pelancong.


Tag: