• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Puteri UMNO Perlu Tangkis Serangan Pembangkang Di Media Sosial- Jailani



Pergerakan Puteri UMNO perlu bersedia menangkis serangan-serangan parti pembangkang di media sosial dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14)akan datang.

Media Sosial menjadi satu kaedah berkempen yang paling berkesan bagi mempengaruhi undi dalam sesebuah pilihan raya berbanding media cetak atau media elektronik yang lain.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari berkata, PRU12  telah membuktikan bahawa kesan media sosial mempengaruhi pengundi dalam memberi undi mereka.

Jelasnya lagi,pihak pembangkang akan menggunakan pelbagai cara dan maklumat palsu sama ada menggunakan media konvensional atau media alternatif untuk memburukkan kerajaan pada hari ini untuk meraih undi dan merealisasikan matlamat mereka untuk menawan Putrajaya.

"Ini berlarutan kepada PRU13 dan mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IYRES) mengesahkan bahawa masyarakat lebih tertumpu kepada maklumat yang diperolehi dalam media sosial.

"Ini merupakan satu cabaran kepada kita kerana para pengundi sangat terpengaruh dengan maklumat-maklumat dalam media sosial seperti WhatsApp, Facebook,Twitter dan sebagainya tanpa diselidiki terlebih dahulu,"kata Jailani.



Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian kepada 600 perwakilan dan permerhati Puteri UMNO daripada 110 cawangan di  bahagian Hulu Terengganu yang hadir Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.

Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib;Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Fatimah Hamat.

Menurut Jailani, sebagai ahli politik yang hebat, individu itu perlu menjadi pendamping setia kepada rakyat, menjadi jambatan penghubung rakyat dengan negara dan bukannya berfikir untuk menjadi calon.

"Fokuskan kepada persiapan bagi memenangi pilihan raya akan datang kerana pilihan raya ini merupakan ibu segala PRU dan adalah yang paling getir dalam sejarah perjuangan UMNO.

"Gerakan secara agresif bilik gerakan, memeenangi hati rakyat tanpa mengira usia, tambahkan daftar pengundi dan yang paling penting jiwai isu yang bakal memberi kemenangan kepada Barisan Nasional(BN),"ujarnya lagi.

Beliau juga mahukan Puteri UMNO dan sayap-sayap lain termasuk pemuda dan wanita menguatkan barisan, menolak kepentingan diri dan emosi kerana ianya merupakan kerugian kepada parti.

Tag: