• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Raya Bukan Alasan Naikkan Harga Ayam

KUALA NERUS, 6 Julai - Peniaga ayam di negeri ini digesa agar tidak mengambil kesempatan menaikan harga ayam menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut tidak lama lagi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saharuddin Mohd Kia berkata, peniaga perlu patuh terhadap harga siling runcit yang telah ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram sebagaimana dikuatkuasa bermula 1 Julai.

"Tidak boleh menggunakan alasan disebabkan perayaan maka harga hendak dinaikkan, kerana libat urus dengan pelbagai pihak telah dibuat bagi mewujudkan situasi 'win-win situation' antara peniaga dan juga pengguna.

"Kita juga memberikan jaminan bahawa bekalan ayam menjelang perayaan nanti adalah mencukupi, setakat penetapan harga siling telah dibuat, pihak kami tidak menerima aduan harga ayam dijual melebihi harga siling yang telah ditetapkan.

"Peniaga patuh dengan penetapan harga baru yang dibuat berbanding RM8.90 sebelum ini yang menyebabkan berlakunya masalah kerana ramai peniaga yang melanggar penetapan harga siling, jadi dengan penetapan baharu ini tidak akan berlaku kenaikan harga," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, ketika sidang media KPDHEP Terengganu ketika melakukan pemeriksaan Industri Kecil dan Sederhana, di Muslim Food Industry (MFI), di Kampung Banggol, Tok Jiring, di sini, hari ini.

Di samping itu pihaknya juga memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di negeri ini adalah mencukupi dan harga penetapan siling bagi bahan terbabit adalah 0.45 sen/biji bagi gred A, gred B 0.43 sen/biji dan grec c 0.41 sen/biji. 

"Ini telah diberi jaminan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sendiri, setakat ini berdasarkan laporan yang diterima memang tiada masalah bekalan telur, mungkin dari segi kategori sahaja akan berlalu kekurangan," ujarnya.

 

 

 


Tag: